TAKAFUL KELUARGA: PRIMA

Pengenalan Pelan

Merupakan pelan Takaful Keluarga yang menawarkan PERLINDUNGAN beserta SIMPANAN untuk masa hadapan. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur 6 bulan hingga 54 tahun sahaja.

Pelan ini memberikan jaminan Manfaat Perolehan setiap 3 Tahun (anggaran 10% dari amaun perlindungan atas andaian pulangan pelaburan sebanyak 4% ke atas Akaun Khas Peserta).

Kadar pulangan yang lebih tinggi atau rendah akan mengubah jumlah pembayaran ini

Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat bila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh di sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh sijil walaupun Manfaat Perolehan sudah dibayar.

Nisbah Agihan Sumbangan

Tahun Akaun Peserta (Simpanan) Akaun Khas Peserta (Khairat)
1 0% 100%
2 10% 90% dan seterusnya
  • Peserta tidak dibenar mengeluarkan wang dari Akaun Peserta (Akaun Simpanan / AP)

Manfaat Asas

  • Manfaat kematian
  • Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
  • Pulangan tunai ketika sijil matang melalui Akaun Peserta (AP)

Manfaat Kematian

  • Termasuk kematian atas sebab penyakit atau kemalangan

Manfaat Keilatan Kekal dan Menyeluruh

  1. Keilatan disebabkan oleh kecederaan tubuh yang menghalang orang yang dilindungi daripada melakukan sebarang urusniaga atau pekerjaan atau melakukan sebarang kerja untuk mendapatkan upah, pampasan, atau untung dengan syarat keilatan tersebut mestilah berterusan tanpa sebarang gangguan untuk tempoh tidak kurang dari enam bulan.
  2. Hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata, atau hilang/putus kedua belah tangan pada/atas pergelangan tangan; atau hilang/putus kedua belah kaki pada/atas buku lali, atau hilang/putus satu tangan pada/atas pergelangan tangan dan hilang/putus satu kaki pada/atas buku lali, atau kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan dan hilang/putus keseluruhan lengan/kaki pada/atas pergelangan tangan atau buku lali.

Untuk pelan juvana, hanya (2) sahaja terpakai.

Manfaat Tambahan

Manfaat tambahan yang boleh disertai adalah seperti berikut:-

  • Manfaat Hospital
  • Manfaat Pampasan Kemalangan
  • Manfaat Penyakit Kritikal (36 jenis penyakit)
  • Manfaat Hospital & Pembedahan (Kad Perubatan)

Contoh

Peserta memohon untuk mendapat perlindungan berjumlah RM50,000

Peserta akan menerima 10% dari jumlah amaun perlidungan setiap 3 tahun sekali sehingga sijil matang

Tahun % PulanganPulangan
1  
2  
3 10 RM5,000
4  
5  
6 10 RM5,000
7  
8  
9 10 RM5,000
10  
11  
12 10 RM5,000
13  
14  
15 10 RM5,000
16  
17  
18 10 RM5,000
19  
20  
21 40 RM20,000

Pelan yang menawarkan pulangan berjadual 10% setiap tiga tahun

Jika peserta meninggal dunia semasa sijil masih lagi berkuatkuasa, waris peserta TETAP akan menerima jumlah khairat kematian sebanyak RM50,000 tanpa menolak jumlah yang telah diperolehi oleh peserta ketika ia masih hidup.

Selain dari manfaat kematian dan manfaat keilatan kekal dan menyeluruh, pelan ini juga menawarkan manfaat tambahan seperti berikut:-

  • Manfaat Hospital
  • Manfaat pampasan kemalangan
  • Manfaat penyakit kritikal
  • Manfaat hospital dan pembedahan (Kad Perubatan)